Hasan al-Basri pernah berkata, Sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk merayakan majlis membaca Maulidir Rasul s.a.w.
Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata Barangsiapa yang menghadiri majlis Maulidir Rasul s.a.w dan membesarkan kedudukan baginda, maka ia telah mencapai kejayaan iman.
Ma'ruf al-Kurkhi berkata, Barangsiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidir Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w.,maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga Illiyyin (tinggi).
Imam al-Yafi'e berkata. Barangsiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan shalihin dan berada di dalam syurga Na'im.
Sirri al-Siqti berkata, Barangsiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, Barangsiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,.
Telah berkata Sultan Ahli Arifin Jalaluddin al-Suyuti di dalam kitabnya, Tidak ada suatu rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan di dalamnya mengenai Maulid Nabi s.a.w. melainkan malaikat mengelilingi ahli tempat tersebut dan Allah menebarkan rahmatNya kepada mereka.
Katanya lagi, Tidak ada seorang muslim yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. melainkan Allah mengangkat kemarau, waba', kebakaran, bala, hasad dengki dan dijauhkan pencuri dari ahli rumah tersebut. Maka apabila ia mati, Allah akan mempermudahkan baginya menjawab soalan Munkar dan Nakir.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar